MELAKA TAPAK WARISAN UNESCO


pakaian para pedagang


             Malaysia amat  terkenal dengan pelbagai adat dan budayanya yang tersendiri serta kesopanan dan tata tertib orang nya yang sungguh berhemah , maka tidak hairanlah , jikalau statistik yang dikeluarkan oleh kementerian Pelancongan Malaysia menunjukkan peningkatan pelancong yang mendadak saban tahun .
             
            Melaka  yang merupakan salah sebuah negeri di Malaysia telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2008 . ini kerana negeri melaka kaya dengan pelbagai tapak bersejarah seperti bangunan a famosa  dan juga sungai nya yang bersih serta seni bina bandarnya yang sunnguh menarik .
 
           Melaka yang satu ketika dulu terkenal sebagai sebuah pelabuhan entreport di rantau ini , dikunjungi oleh ramai pedagang misalnya dari tanah arab , portugal ,cina dan juga india ......

         pada 7 July yang lalu kadet Akedemi Laut Malaysia telah dipilih untuk memperagakn pakaian pakaian pedagang pedagang lama sempena sambutan ulang tahun pengiktirafan melaka sebagai " world heritage site" kali yang ke 9 ...
pakaian hulubalang melayu


pakaian pedagang cina





pedagang portugal


 seramai  5 ribu orang telah hadir menyaksikan sambutan ini , termasuklah para pelancong dari luar negara , orang ramai sungguh teruja dengan persembahan serta pertunjukkan yang disediakan ......
\

   selain itu , orang ramai juga turut disajikan dengan pelbagai makanan tradisional seperti dodol , rendang dan juga ketupat ...
       
  sebagai kesimpulan , diharapkan majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun , ini kerana ianya bukan saja merapatkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain , malah dapat menyemai semangat patriotima yang mendalam dalam setiap individu....

Comments

Popular Posts