Bertemu dan berpisah [Part 1]

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah yang sedang terjadi dalam kelas dns21bravo sekarang. Selepas seorang demi seorang meninggalkan kampus ALAM demi mengejar cita-cita yang diidami iaitu menjadi seorang seafarer yang berjaya seperti pepatah dari saudagar arab yang pernah berkata, “I wanna be a seafarer. I love ALAM” dalam loghat arabnya. Namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi. “Live must go on”, kata Captain Siva, salah seorang pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi kami semangat untuk meneruskan perjalanan hidup menjadi seorang kadet di kampus ini. Jadi tujuan entri kali ini adalah untuk kami membuat tanda ingatan kepada orang-orang diluar sana bahawa pada abad, tahun, bulan, minggu, jam, minit dan saat ini, wujudnya kelas dns21bravo yang sentiasa merendah diri walaupun kami "champion overall" dalam sukan tahunan sem lepas kami tidak riak dan menunjuk-nunjuk. Kami hanya tersenyum puas kepada mereka-mereka yang memandang rendah kepada ahli kelas kami. Tulis panjang-panjang pun belum tentu orang menghayati dan mendalami apa yang dituliskan ni. Jadi mari saya kenalkan seorang demi seorang ahli kelas dns21bravo yang telah meninggalkan kelas kami ini.




Ini Faiz. Dia ni macam Park Ji Sung. Stamina memang tiptop. Acara berlari bagi la kat dia ni. Kalau dia senyum memang cair la kaum2 hawa kat luar sana. Nak kenal? Pm saya. Boleh tapau ikat tepi nanti.

Al-Hafiz Syazly. Nama memang baik tapi tengok muka pun dah tahu perangai macam mana. Hampir menjadi punca kelas kami tak menang piala overall. Namun antara manusia yang menceriakan hari2 di kelas kami. Sekarang hampir tiap2 hari kami muram tanpa dia di sisi. Semoga kau tenang di sana kawan ='(

Kiresh Prasad. Antara orang yang pergi USMMA. Sekarang dia dah menyesal tinggalkan kelas bravo. Katanya latihan kat sana lagi teruk dari di sini. Tapi takpe la kiresh. Try to challenge yourself to a better person in life. Lol.

Harvin. Antara orang yang tak lekang dari senyum. Kena marah pun boleh senyum lagi. Kami hampir tak dapat bezakan dia ni dengan Capt Elango. Lol.

Afdal. Dia ni pun pergi USMMA. Antara calon-calon best overall cadet. Kalau tak faham apa-apa dalam study, dia lah antara orang yang menjadi rujukan. Pemergian dia amat dirasai kami sekelas. Tiada lagi bahan hiburan di kelas. Tiada lagi loghat mixed English-Chinese. Berakhirlah sudah~


Disebabkan masa yang agak terhad. Jadi saya akan buat entri seterusnya di masa akan datang untuk menyambung nukilan ini.

To my brothers out there, study smart, be responsible, remember what Captain Siva’s advice that no work is so urgent that we cannot take our time to do it safely and stay safe whenever and wherever you are.
“You may not be here, but the memories we made together remain intact in our heart and soul”

Comments

Popular Posts