Porta de Santiago

   

 Pada 7/7/2017 kami mengunjungi salah satu mercu tanda yang terkenal di seluruh pelosok negeri Melaka iaitu Kota A Famosa.
Salah satu meriam yang terdapat disini


Saya disini bukanlah untuk menceritakan sejarah yang sudah selalu didengari tetapi hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman melawat tempat bersejarah ini , almaklumlah orang Perak😃.

Semasa pertama kali melihat tinggalan ini, kami berasa sungguh kagum kerana kerajaan negeri Melaka mampu untuk terus memulihara bangunan ini.

Tidak kurang juga rasa kagum terhadap rakyat negeri Melaka yang begitu menjaga kebersihan tempat ini.Bayangkan tidak ada satu sampah pun yang kami jumpa sepanjang berada di sini.



 Bagi yang ingin melawat tempat menarik ini, amat mudah untuk kesini,jika kita dari Melaka Sentral, kita boleh menaiki bas ataupun teksi untuk ke Dataran Pahlawan, Kota AFamosa ini terletak di kawasan tumpuan pelancong berdekatan dengan Bangunan Merah [bangunan Stadthuys],Mahlota Parade,Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan.Jadi kalau dah sampai Dataran Pahlawan tu konfem tak sesat punya.





Di dalam bangunan ini jugak terdapat seorang pak cik menjual lukisan.Lukisan yang dijual oleh pak cik ini sangat cantik dan berseni.




Jadi inilah pengalaman kami melawat bangunan yang bersejarah ini.Kami berasa amat gembira dan berbangga kerana warisan ini masih dapat dikekalkan sehingga kini.

Comments

Popular Posts