PEER ASSISTANCE LEARNING (PAL LEADERS)
Peer Assistance Learning ataupun dikenali sebagai “PAL
leaders”, mereka ini sebagai guru muda. Mereka ini bukanlah untuk mengganti
pensyarah ataupun guru yang sedia ada, tetapi mereka ini akan membantu dan
menbimbing rakan-rakan yang mengalami masalah untuk memahami sesuatu subjek.
Program PAL Leaders ini juga membolehkan para pelajar beraling tukar dan
berkongsi idea dengan rakan-rakan. Saya yang dahulu merupakan seorang PAL
Leaders di Kolej Matrikulasi Selangor ingin berkongsi serba sedikit tentang
menjadi seorang rakan pembimbing kepada rakan saya sendiri.
Saya merupakan seorang PAL Leaders dalam bidang Sains
Matematik dan juga sebagai ketua dalam PAL bagi bahagian Sains Matematk bagi
sesi 2015/2016 Kolej Matrikulasi Selangor. Pada
awalnya, untuk menjadi salah seorang PAL bukanlah mudah, kerana mereka
ada syarat-syarat tertentu dalam melantik seseorang menjadi “PAL Leaders”.
Untuk menjadi seorang PAL mestilah sukarela, ada keinginan
untuk membantu rakan lain berjaya, mahir dalam pembelajaran secara berkumpulan,
dan akhir sekali untuk sesiapa yang menjadi PAL, mestilah mengekalkan
kecmerlangan 3.75 keatas PNGK.
Sesi “PAL Leaders” ini akan dibuat setiap minggu pada
hujung minggu. Kelas akan bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Pada waktu ini anda akan banyak kelihatan ramai rakan-rakan anda
hadir ke kelas untuk belajar dengan anda. Apabila sahaja anda menjadi PAL,
mestilah mempunyai kemahiran dalam menyampaikan ilmu.
Saya sendiri mempunyai cara dalam membimbing dan membantu rakan-rakan, berbeza
dengan PAL yang lain. Biasanya, saya akan mengajar dihadapan dengan menerangkan
konsep dan teknik-teknik menjawab soalan terdahulu. Kemudian, barulah saya
menyuruh mereka membuat soalan yang dipilih oleh saya sendiri dan lihat jika mereka mempunyai
masalah. Bila mereka mempunyai masalah, masa itulah anda menunjukkan kemahiran
anda dalam menyelesaikan soalan-soalan yang sukar.
Gambar diatas merupakan kelas PAL kedua saya dimana saya
mengajar mereka matematik. Pada waktu ini, kelas saya dihadiri ramai dengan
pelajar perempuan dan menjadi popular dikalangan mereka.
Selain menjadi PAL pada hujung minggu waktu pagi, tak
semestinya anda tak boleh buat kelas pada waktu lain. Misalnya, apabila anda
telah dikenali sebagai seorang “PAL Leaders”, akan ada sahaja orang akan
meminta anda untuk membimbing mereka walaupun pada waktu malam. Ada juga yang
akan menghantar soalan kepada PAL melalaui whatapps dan meminta jika boleh menunjukkan jalan
penyelesaian.
Seterusnya, saya juga mempunyai rakan-rakan PAL yang lain
yang akan membantu saya juga dalam memahami subjek-subjek lain.
Gambar
ini adalah pada waktu pertandingan minggu matematik
Di sebelah kiri saya, merupakan PAL dalam bidang kimia dan hujung sekali itu merupakan PAL dalam bidang
Biologi. Setiap seorang daripada mereka mempunyai bakat masing-masing.
Mereka yang terpilih bukanlah
yang terbaik, tetapi mereka ini adalah yang layak untuk membimbing rakan-rakan dalam masalah pelajaran yang dihadapi.
Jadi, sampai disini sahaja
perkongsian saya dalam menjadi seorang “PAL Leaders”.
Terima Kasih!
Comments
Post a Comment