Beraya di Kelantan [Part 2]
Assalamualaikum dan hai semua! Pada 31/08/2017 yang lalu.
Saya bersama keluarga telah pulang ke Kelantan untuk menyambut Hari Raya Haji.
Jadi dah alang-alang kami di sana. Kami telah pergi berjalan-jalan di beberapa
tempat yang agak common pelancong luar ziarahi sebelum pulang ke negeri
masing-masing. Namun tempat yang saya kunjungi ini tidaklah merangkumi ke
seluruh kawasan di dalam Kelantan itu sendiri.
Saya berkenan untuk memberi beberapa tips apabila anda
datang ke Kelantan sewaktu Hari Raya Haji. Ini hanyalah pendapat sahaja. Jika
anda ada pendapat sendiri, mohon untuk nyatakannya di ruangan komen di bawah.
Yang pertama, anda digalakkan untuk menggunakan Lebuhraya
Pantai Timur bagi mengelakkan “jammed” di jalan-jalan lain untuk memasuki ke
Kelantan. Tidak dinafikan di harga tol agak mahal. Namun ianya lebih berbaloi
daripada anda membazir masa dan minyak untuk tempuhi ”jammed” yang berjam-jam.
Kedua, di Kelantan TIADA PAWAGAM langsung! Jadi jangan
merancang untuk tonton cerita-cerita yang baru keluar di pawagam sewaktu anda
di Kelantan.
Ketiga, negeri Kelantan amat-amat menitikberatkan aspek
penjagaan aurat. Hal ini hanya untuk orang yang beragama Islam sahaja. Namun
bagi yang beragama lain digalakkan untuk memakai pakaian yang tidak menjolok
mata.
Keempat, kebanyakkan bangunan di Kelantan ini menggunakan
tulisan jawi untuk ditulis di hadapan bangunan atau kedai mereka. Jadi kepada
yang tidak tahu tulisan jawi itu jangan anda hairan apabila anda melihat
tulisan tersebut di mana-mana bangunan di Kelantan.
Yang terakhir sekali, sewaktu Hari Raya Haji, kebanyakkan
“shopping mall” ditutup. Jadi janganlah anda merancang untuk bershopping
ataupun makan di shopping mall. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Dibawah saya nyatakan beberapa gambar yang sempat saya ambil
sewaktu saya di Kelantan.
Ini adalah bangunan Billion di Kota Bahru. Pada mulanya kami datang ke sini untuk bermain boling. Namun kami terpaksa beredar dengan perasaan hampa selepas mendapati bangunan ini tidak beroperasi sewaktu hari raya. Credits kepada Google. |
Lokching |
Ini adalah gambar Pantai Irama. Pantai ini merupakan antara tempat yang dikunjungi oleh pelancong disebabkan keunikkannya yang tersendiri. Di sini ada jual lokching. Lokching ini lebih di kenali sebagai satay ikan. Di sini juga ada banyak restoran yang terletak berhampiran pantai. Pelancong boleh menikmati juadah makanan sambil mendengar bunyi ombak dan juga merasai angin yang nyaman. Gambar credits kepada google. |
Sebelum saya pulang ke rumah, ada satu lagi tempat yang saya
kunjungi. Namun saya akan ceritakannya pada entri yang seterusnya. Nantikan
entri saya yang seterusnya. Bye-bye.
Comments
Post a Comment