Bertemu dan berpisah [Part 2]

Hai semua. Ini adalah sambungan dari entri bertemu dan berpisah [Part 1]. Kini telah hampir 3-4 bulan kami belajar di kelas dengan kekuatan hanya seramai 17 orang dan kemungkinan akan berkurangan. Hari demi hari kami tempuh dengan hati yang kecewa, sedih dan marah. Namun apakan daya, kami terpaksa redha dengan segala ketentuanNya. Kalau dulu kami berlima satu kumpulan untuk buat presentation, sekarang hanya bertiga bahkan berdua pun ada. Tiada lagi istilah menuang semasa membuat kerja berkumpulan. Bersedih pun tiada guna kerana manusia cepat melupakan. Sewaktu ada kita tak menghargai, sewaktu pergi barulah nak ditangisi. Tetapi inilah sebab saya membuat entri ini supaya kami tidak akan melupakan mereka2 yang telah pergi tinggalkan kelas kami kerana harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Tapi hakikatnya takde sesiapa pun yang mati. Cuma saya tertarik dengan peribahasa tersebut. Tanpa melengahkan masa, mari baca sambungan manusia-manusia yang terpilih untuk meninggalkan kelas kami.



Ini Azim Aiman atau lebih dikenali sebagai ajim sad. Antara yang sporting bila ajak keluar berjalan dia mesti on.

Hemalan yang paling kanan sekali. Dia ni antara yang paling kuat bila ketawa. Sekarang kami rindu nak dengar ketawa dia. Hmm..

Kubitheflash. Pengasas blog kami ni. Tiada yang dapat tandingi kelajuan dia ni sewatu berlari. Pendatang baru dalam kelas kami. Namun tak ambil masa yang lama untuk adapt dengan kami semua.

Owensius. Pada mula kehadiran dia dalam kelas kami. Dia agak susah untuk bergaul dengan kami semua. Tapi lama kelamaan kami semakin selesa untuk berkawan dengan dia.

Lingesh. He's such a leader in our class. one of the oldest member in our class.
Omarthegreat. Satu-satunya foreigner yang ada dalam kelas. Keras kepala namun baik hati kerana dilihat telah menyelamatkan ikan daripada mati lemas.



Berakhirlah sudah kisah tentang sahabat sahabat yang telah memilih haluan yang berbeza dengan kami di sini. Walaubagaimanapun, tali persahabatan yang penuh panca roba antara kami tidak akan sesekali terputus dengan berkat Ilahi. Walau di mana pun kalian sekarang, kami mendoakan supaya tuhan akan menemukan kita semua semula. Mungkin sebulan, setahun atau seabad dari sekarang. Teringat lagi saya dengan kata kata yang diucapkan oleh emak saya sewaktu saya harus berpisah dengan kawan tadika sewaktu saya kecil dahulu. Jika kita sayangkan seseorang tu, kita harus lepaskan dia, dan mana tahu satu hari nanti apabila kita berjumpa dengan orang itu kelak, Allah akan menguatkan lagi ikatan antara kita dan dia. Sekian.

Comments

Popular Posts