Beraya di Kelantan [Part 1]
Assalamualaikum dan hai semua! Maaf sebab hilang untuk satu jangkamasa yang lama. Namun Alhamdulillah blog ini tidak hilang dihanyut masa sebab ada rakan-rakan saya yang lain berkesempatan untuk membuat entri-entri yang menarik. Untuk pengetahuan, saya menghilang bukanlah sebab mencari guru di gua-gua di seluruh dunia untuk meningkatkan ilmu dunia tetapi saya menghilang untuk pergi melancong di beberapa tempat yang menarik di sekitar Malaysia. Antara tempat-tempat yang telah saya pergi ada yang telah rakan-rakan saya nyatakan di entri-entri lepas. Silalah baca entri-entri yang sebelum ini, jangan segan silu. Jadi tanpa segan silu, saya pun ingin membuat entri saya yang mana saya menyambut Hari Raya Haji di Kelantan.
Beberapa hari sebelum hari raya haji yang lepas, ramai rakan-rakan saya yang bertanya kepada saya tahun ni beraya di mana. Saya menjawab yang saya beraya di negeri Kelantan tahun ini. Ayat yang paling common mereka akan katakan tentang Kelantan adalah sewaktu Hari Raya Haji, beraya di Kelantan lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri. Saya sendiri tidak dapat untuk memastikan samada ayat itu benar atau tidak sebab saya jarang balik beraya di Kelantan. Seperti yang anda semua sedia maklum, perjalanan dari Melaka ke Kelantan bukanlah dekat. Ianya memakan masa hampir 12 jam. Bayangkan berada di dalam kereta untuk satu tempoh masa yang begitu lama. Sakit tulang belakang, urat sendi semua. Oleh itu disarankan untuk berhenti di RnR terdekat untuk “refresh” balik badan kita. Jangan fikir nak cepat sampai je. Keselamatan juga penting.
Jadi di sinilah bermulanya kisah saya beraya di Kelantan. Pada 30/08/2017, saya bersama keluarga bertolak dari Melaka sebaik sahaja saya sampai rumah dari ALAM. Pejalanan kali ini mengambil masa lebih kurang 16 – 17 jam!! Lamakan? Semuanya disebabkan kesesakan jalan raya. Silap kami juga sebab tidak merancang perjalanan kami sebaik mungkin. Kami lalu Genting Sempah kerana sebelum itu menyinggah di KL untuk mengambil abang saya. Di “highway” Genting Sempah itu sahaja sudah hampir 2 jam kami tersangkut. Kemudian kami lalu di Gua Musang. Kami tidak lalu di Lebuhraya Pantai Timur kerana kami syak di situ akan ‘jammed’ namun jangkaan kami meleset sama sekali. Kami tersangkut di jalan Gua Musang hampir 4 jam!!
31/08/2017 jam menunjukkan pukul 1 tengah hari, kami tiba di rumah. Syukur semuanya selamat walaupun kepenatan yang amat sangat. |
Untuk pengetahuan anda semua, di kampung saya memang ada banyak pokok kelapa yang tinggi-tinggi. Jarang saya lihat pokok kelapa setinggi ini di Melaka. |
Rendang. Credits kepada google. |
Selepas menunaikan solat kami
pulang ke rumah untuk makan rendang yang telah di masak oleh mak saya. Kemudian
kami ke rumah jiran kerana mereka ingin menyembelih lembu. Jadi sebagai jiran
yang prihatin, kami pun ingin membantu mereka apa yang patut. Namun semuanya
serba tidak menjadi apa bila lembu yang ingin dikorbankan itu mengganas dan
bergelut untuk melepaskan diri. Peristiwa yang tidak diinginkan penduduk
kampung terjadi apabila tali yang menambat lembu itu terputus. Maka tiadalah
korban yang jadi masa itu disebabkan lembu itu lari masuk ke hutan.
Kemudian kami menziarahi
rumah-rumah jiran yang berdekatan. Apabila sampai di tiap-tiap rumah, saya
hanya akan diam tercengang mendengar apa yang mereka bercakap. Loghat Kelantan
memang susah untuk di fahami. Hanya beberapa perkataan sahaja yang saya faham.
Pada hari-hari berikutnya saya pergi kebeberapa tempat yang menarik di
Kelantan. Untuk ketahui tempat- tempat tersebut. Nantikan di entri yang
berikutnya. Sekian sahaja untuk hari ini.
Comments
Post a Comment