Pernahkah anda tahu?

Assalamualaikum dan hai semua!! Kali ini saya tertarik untuk berkongsi dengan anda semua tentang informasi yang saya terbaca di Facebook. Namun pasti anda tertanya-tanya kenapa tajuk ini yang saya pilih? Pada 15/09/2017 saya dan rakan-rakan telah menonton cerita IT. Di dalam cerita ini ada menyatakan tentang “placebo” ini. Jadi inilah sebab saya berminat untuk berkongsi dengan anda semua agar anda lebih faham dengan apa yang cuba di sampaikan di dalam cerita IT tersebut.
Image result for movie IT 2017
Movie IT 2017

Placebo. Credits kepada sciencenazi.com

Apakah kesan placebo ?

Pada tahun 1996, 56 orang sukarelawan telah terlibat dalam satu kajian untuk mencuba 'ubat tahan sakit' (painkiller) yang dipanggil 'trivaricaine'.
Image result for trivaricaine
Painkiller. Credits kepada google

Ujian dia mudah, satu jari telunjuk disapu ubat tersebut, satu lagi dia tak sapu. Kemudian, kedua-dua jari telunjuk itu diketam dengan penyepit.
Sukarelawan itu akan ditanya, jari mana yang sakit. Jawapannya? Hampir semua sukarelawan jawab jari yang disapu ubat itu kurang sakitnya berbanding jari yang tak disapu langsung.
Ada 'plot twist' selepas itu. Ubat yang konon tahan sakit tadi itu sebenarnya bukan ubat tahan sakit, tapi cuma cecair biasa.
Kenapa sukarelawan itu semua boleh kata tak sakit pada jari yang disapu ubat itu tadi? Jawapannya sebab 'Kesan Placebo'.
Kesan Placebo ini konsepnya mudah. Dia nak beritahu, kita sakit sebab mentaliti kita.
Jadi, sejak awal abad ke-18 lagi, para doktor bagi gula-gula, 'ubat-ubat' palsu untuk rawat pesakit apabila mereka kekurangan ubat. Walaupun ubat itu sekadar gula-gula, tapi ia digunakan untuk meyakinkan pesakit ubat itu menyembuhkan.
Image result for gula gula
Ilustrasi gula-gula yang dikatakan ubat palsu untuk merawat pesakit.

Akhirnya? Ya, ramai pesakit sembuh. Kesan Placebo ini memberikan kesan fisiologi pada tubuh. Ia akan memberikan perubahan pada aliran darah, degupan jantung, perubahan bahan-bahan kimia.
Sebenarnya kalau kita selalu nampak hantu atau benda-benda yang samar dan pelik ada kemungkinan sebab mentaliti dan pegangan kita.
Kalau kita rajin sangat tengok cerita hantu, dengar cerita hantu, dengar cakap orang tempat itu ini keras, otak dan mental kita akan mengubah fisiologi tubuh. Lalu, membuatkan kita rasa dan nampak benda-benda macam itu.Padahal benda macam itu tak ada pun.
Lagi satu, Kesan Placebo ini jugalah yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha produk sains palsu. Benda-benda macam itu menipu, tapi masih mempunyai pengikut yang ramai sebab terkena kesan Placebo. Mereka yakin dengan produk itu.
Rujukan :
[1] Moerman, Daniel E. Meaning, Medicine, and the" placebo Effect". Vol. 28. Cambridge: Cambridge University Press, 2002.
[2] Mayberg, Helen S., et al. "The functional neuroanatomy of the placebo effect." American Journal of Psychiatry 159.5 (2002): 728-737.
[3] Rosenthal, David, and Jerome D. Frank. "Psychotherapy and the placebo effect." Psychological bulletin 53.4 (1956): 294.
[4] Price, Donald D., Damien G. Finniss, and Fabrizio Benedetti. "A comprehensive review of the placebo effect: recent advances and current thought." Annu. Rev. Psychol. 59 (2008): 565-590.
[5] Evans, Dylan. Placebo: The belief effect. London: HarperCollins, 2003.

Credits kepada sciencenazi.com



Comments

Popular Posts