Temurun Waterfall via Raya Haji

TEMURUN WATERFALL,LANGKAWI

Pada  01 September 2017, iaitu hari Jumaat, bersamaan dengan cuti public holiday iaitu, Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Haji. Semua orang dapat cuti 5 hari, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk balik ke Langkawi. Saya sampai di Langkawi pada hari Khamis iaitu hari Kemerdekaan iaitu 31 August 2017, dan keesokannya Hari Raya Haji. Pada paginya saya dan keluarga saya pergi ke surau taman untuk sembahyang sunat raya haji. Selesainya khutbah apa semua,ada sedikit makan2  sebelum event yang besar iaitu Korban. Kemudian kami sekeluarga balik ke rumah dan tukar pakaian dan kemudian kembali ke surau untuk Korban. Semua main peranan masing2. Dalam pukul 12.00 smua siap sekali  masak dan kami makan dahulu dan kemudiannya yang lelaki pergi sembahyang Jumaat.


Selesai sembahyang jumaat, semua kembali ke surau untuk kemas2 sedikit. Selesai semua itu, saya balik rumah dan pack sedikit baju dan bawak action camera saya untuk pergi ke rumah kawan sekolah rendah saya kerana dia ajak saya keluar mandi-mandi. Saya pun pergi ke rumah dia dengan motosikal, kemudian sampai rumah dia dan seterusnya kami naik kereta ke Temurun Waterfall yang hanya 10 min ride dari rumah dia. Walaupun raya haji, still ramai orang dekat sana tak kira foreigner mahupun orang tempatan, ada yang datang tangkap gmbar siap dengan baju melayu malah ada yang berkain pelikat, ada yang datang lepak2 santai dan ada yang datang mandi manda. Saya dan kawan saya Mustakim kami datang hanya untuk satu benda iaitu sudah tentulah mandi…



Sampainya kami di sini, penuh dengan orang mandi.

Mat salleh dari mana tah...

Selalu ja foreigner datang mandi dekat sini.

So,that is me with my kawan sekolah rendah Mustakim,20yo (taken already)

The best swimmer there is..

Tempat ini kalau musim hujan sumpah best,baru boleh mandi air terjunnya, kalau tak klau bukan musimnya, air kurang, so kurang skit bestnya..

Tengok atas batu tu,ada orang nak lompat, usually local ja berani panjat naik atas tu and buat skill macam2(backflip,frontflip you name it,diorang boleh punya)

Ada  perempuan Thai cuba panjat batu rendah and cuba untuk lompat. Not bad ahh..

Bolehlah tu,lepak dengan long lost friend, lama x keluar skali,plus jarang balik..


So,till we meet again friend...

Comments

Popular Posts