Tahukah anda?
Assalamualaikum dan hai semua! Pada entri kali ini saya
berminat untuk berkongsi dengan anda semua dengan informasi yang telah saya
baca di Facebook pada tempoh hari. Untuk pengetahuan anda, saya telah meminta
kebenaran daripada admin page tersebut untuk berkongsi info ini di blog ini.
Jadi jika anda berminat untuk berkongsi info ini juga, anda dikehendaki untuk
meminta kebenaran dari admin page tersebut sendiri. Page tersebut ada saya
nyatakan di credits di hujung entri kali ini. Harap anda semua tertarik dengan
informasi yang mungkin anda baru tahu selama anda hidup selama ini.
Cecair paling mahal di dunia
Apabila menyebut perkataan "mahal", ramai orang akan
ingat objek-objek pepejal seperti emas atau berlian. Namun, terdapat benda lain
yang jauh lebih mahal daripada perak atau emas dan bahan tersebut bukan pepejal
pun, sebaliknya adalah cecair.
Cecair yang paling mahal di dunia adalah racun kala jengking.
Kosnya adalah sebanyak $ 10,302,700 seliter. Protein yang terdapat di dalam bisa
kala jengking digunakan untuk rawatan penyakit usus, arthritis rheumatoid dan
sklerosis.
Racun kala jengking. Credits kepada google |
Selepas bisa kala jengking, cecair kedua termahal ialah bisa
ular tedung. Bisa tedung adalah racun yang paling merbahaya di dunia dan ia
boleh membunuh seekor gajah dewasa.
Walaupun bahaya, orang tetap mengekstrak racun ini kerana ia
mengandungi sejenis protein yang unik di panggil Ohanin. Ohanin di gunakan
sebagai ubat penahan sakit / painkiller malah ianya 20 kali lebih kuat daripada
morfin. Penggunaan Ohanin pula tak akan memberi kesan sampingan kepada
penggunanya. Kos seliter bersamaan juga $ 40,400.
Ular tedung. Credits kepada google |
Bahan seterusnya ialah Lysergic acid diethylamide (LSD) iaitu
sejenis dadah yang boleh menyebabkan manusia khayal. Setiap dos mengandungi
40-500 mikrogram atau 1/10 daripada saiz sebutir pasir. Walaupun di gunakan
dalam jumlah yang sangat kecil, ia dah cukup untuk bawak manusia berkhayal ke
dimensi lain seperti dalam cerita Alice in wonderland. Seliter kosnya bersamaan
$ 32,500.
Cecair seterusnya ialah darah belangkas. Darah belangkas tak
mengandungi hemoglobin, tetapi mengandungi hemocyanin. Di sebabkan hemocyanin
lah darah belangkas berwarna biru dan bukan berwarna merah seperti manusia.
Darah belangkas digunakan untuk mengesan bakteria endotoxin dalam perubatan.
Kos seliter adalah sebanyak $ 15,850.
Darah belangkas. Credits kepada sciencenazi.com |
Cecair seterusnya ialah sejenis pewangi bernama Chanel No. 5.
Chanel No. 5 adalah jenama pewangi paling mahal di dunia. Ia pertama kali di
hasilkan pada tahun 1922, hasil kerjasama antara ahli kimia bernama Ernest
Beaux dan Coco Chanel. Kos seliter adalah $ 6,900.
Cecair seterusnya ialah Insulin. Insulin adalah sejenis hormon
yang dihasilkan oleh organ manusia bernama pancreas. Insulin sangat penting dan
pelbagai penyakit boleh berlaku jika kandungan insulin dalam badan sangat
rendah. Antaranya seperti diabetes, insulinoma dan lain-lain. Jika badan
mengandungi insulin yang rendah, insulin akan diberikan melalui suntikan
biosynthetic insulin. Yang pastinya kos suntikan tersebut tak murah. Kosnya
bersamaan $ 3,900 - $ 26,400 seliter.
Seterusnya ialah merkuri. Kita boleh tengok merkuri dengan
mudah. Tahu dimana? Jawapannya pada termometer! Di sebabkan ia sangat mudah di
dapati nampaknya macam tak mahal kan? Tapi sebenarnya kos untuk mendapatkan
merkuri agak mahal. Ini kerana proses untuk mengeluarkan merkuri dari kerak
Bumi melibatkan proses yang sangat sukar dan mahal. Kos = $ 900 seliter.
Merkuri. Credits kepada google |
Bahan seterusnya ialah Gamma Hydroxybutyric Acid (GHB) ataupun
di panggil juga 4-hydroxybutanoic acid. Ia paling biasa digunakan sebagai
anestetik untuk menghilangkan rasa sakit semasa pembedahan. GHB juga boleh
didapati dalam kuantiti yang kecil dalam bir, wain, daging lembu dan juga buah
limau nipis hasil daripada penapaian/fermentation. GHB juga di gunakan dalam
dadah. Di sebabkan warnanya yang jernih, ia kerap di gunakan oleh perogol untuk
menghayalkan mangsanya. Bolehlah google, ‘Date Rape Drug’ untuk info lanjut
atau tunggu kami ulas dalam siri status yang lain. Kosnya adalah $600 seliter.
Bahan seterusnya ialah darah. Tapi bukan ke kita derma darah
secara percuma, kenapa dia mahal pula? Untuk pengetahuan, darah yang kita derma
itu di panggil “whole blood”. Whole blood ini perlu di proses untuk
memisahkannya kepada dua atau lebih komponen.
Biasanya komponen yang di
pisahkan ialah sel-sel darah merah dan plasma. Proses inilah yang menyebabkan
darah tadi jadi mahal dan kosnya seliter bersamaan $400.
Credits kepada sciencenazi.com
Comments
Post a Comment