Patung Buddha terbesar di Asia

Assalamualaikum dan hai semua! Ini adalah sambungan daripada entri saya pulang beraya di Kelantan tempoh hari. Jadi pada entri saya kali ini, saya akan ceritakan serba sedikit tentang tempat terakhir yang saya kunjungi sebelum saya pulang ke Melaka iaitu Wat Phothivihan. Gambar di entri kali ini saya ambil sendiri di tempat tersebut namun fakta dan kisah tentang tersebut saya credits kepada @tumpatloni

Patung Buddha terbesar di Asia berada di Tumpat sebagai tarikan pelancongan.

Tiga patung Buddha yang dibina dengan bentuk tersendiri termasuklah salah satunya yang kedua terbesar di dunia adalah antara produk pelancongan menarik di negeri Kelantan. Ketiga-tiganya dalam jajahan Tumpat.



Patung Buddha baring di Wat Phothivihan di Kampong Jambu, Jalan Meranti yang kedua terbesar di dunia selepas Myanmar. Kuil ini menjadi kebanggaan masyarakat berketurunan Siam di Kelantan dan Malaysia. Yang menariknya terdapat sebuah patung dalam keadaan tidur di dalam wat ini. Kata penjaga wat ini iaitu Than Hua yang telah menjaga sejak lebih 40 tahun lalu, bahawa patung ini sepanjang 40.9 meter dan tinggi 10.6 meter dalam kawasan kira-kira 2.4 hektar yang dbina dengan perbelanjaan kira-kira RM2 juta. Pembinaan ini dimulakan pada tahun 1973 dan siap dalam tempoh 6 tahun melalui sumbangan orang ramai dan tidak ada sumbangan kerajaan.


Buddha duduk di Kampong Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara. Credits kepada google.


Buddha berdiri di Kampong Terbok. Credits kepada google.




Jadi sekian sahaja cerita saya tentang perjalanan saya ke Kelantan. Panjang umur murah rezeki andai saya pulang lagi ke Kelantan, saya akan bercerita dengan panjang lebar lagi pada masa hadapan. Bye-bye.

Comments

Popular Posts