ABRAHAM LINCOLN

       
          Setiap dari kita pasti mempunyai seseorang yang sangat kita kagumi dan hormati untuk dijadikan contoh dalam mengejar kejayaan. Orang-orang tersebut sudah pasti adalah dari golongan yang terkenal. Tak kisah la sama ada pemimpin ke, ahli sukan ke, ataupun hero perang.

Jadi untuk entry kali ni, aku nak share sedikit sebanyak mengenai seorang tokoh yang aku jadikan sebagai idola, iaitu Abraham Lincoln.

Sumber dari wikipedia


Jadi sebelum kita citer panjang pasal dia ni, baik kita geledah sikit pasal biodata beliau

Abraham Lincoln

Tarikh Lahir : 12 Februari 1809
Tempat : Hodgenville, Kentucky, USA
Meninggal Pada : 15 April 1865
Jawatan : Presiden USA ke-16

Yes, seperti yang kita tahu, Abraham Lincoln ataupun dikenali sebagai Abe Lincoln ni merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke 16. Jadi apa yang spesial sangat pasal dia ni berbanding presiden yang lain?

Sumber dari google


Haa so beliau ni adalah presiden pertama yang mahu membubarkan sistem perhambaan terhadap orang kulit hitam yang sedang berleluasa ketika itu. Dan disebabkan tindakan beliau, pertama dalam sejarah, telah berlaku perpecahan dalam US sendiri. Perang Saudara pertama US. Sebab ada yang menyokong beliau dan ada jugak yang nak sistem hamba ni diamalkan.
Sumber dari google

Perperangan yang berlanjutan agak lama ni, berpihak kepada Abe Lincoln dan dia menjadi sebutan ramai setelah ucapannya di Gettysburg.
Abe Lincoln ni jugak dikenali sebagai Father Of Democracy. Tapi malangnya umur beliau gak panjang selepas dibunuh oleh seorang ekstrimis di opera house kat sana. Mungkin tak puas hati dengan kekalahan perang saudara tersebut.


Sumber dari wikipedia


Okay guys, sekian sahaja daripada aku. Semoga kita berjumpa untuk next entry.

Comments

Popular Posts