Siapakah idola di hati anda semua?
Assalamualaikum dan hai semua!
Minggu lepas, ahli kelas 21 Bravo diberi tugas untuk berkongsi serba sedikit tentang idola mereka. Jadi saya pun tak terlepas untuk berkongsi tentang idola saya. Apabila nak bercerita tentang idola ni, sebenarnya saya ada ramai idola. Maklumlah, idola dari segi perspektif saya dipilih dari segi kejayaan dalam kehidupan seseorang itu. Tapi dalam cerita pendek saya ni, saya cuma akan bercerita seorang saja idola yang mula-mula memberi impak dalam kehidupan saya. Siapa lagi kalau bukan insan yang bergelar ayah.
Untuk pengetahuan peminat yang membaca cerpen saya ni, ayah saya ni adalah pesara tentera. Sewaktu saya kecil, pekerjaan sebagai seorang tentera ni sering dijadikan bualan rakan-rakan. Saya jadi bangga untuk bercerita kepada rakan-rakan apabila cikgu bertanya apakah pekerjaan ayah saya sewaktu nak perkenalkan diri. Namun apabila ayah saya telah bersara,
bermulalah dugaan mula menimpa kehidupan kami sekeluarga. Terpulang kepada imaginasi para peminat sekalian untuk memikirkan jenis-jenis dugaan yang kami perlu tempuh. Saya ada empat orang adik-beradik. Keempat-empat kami semuanya dihantar oleh ayah saya ke sekolah untuk menuntut ilmu. Masih saya ingat pada permulaan sekolah, cikgu selalu memberi surat kepada saya untuk diberikan kepada ayah.
Disebabkan perasaan ingin tahu amat tinggi, saya pun curi-curi membaca surat tersebut tanpa pengetahuan ayah. Ingatkan surat cinta, rupanya surat daripada pihak sekolah menyarankan ayah saya supaya cepat jelaskan bayaran yuran persekolahan kami berempat. Disebabkan akal yang masih belum berkembang pada ketika itu, saya tidak tahu perit untuk mencari nafkah untuk menyara kami sekeluarga. Saya masih belum ada perasaan kasihan kepada ayah untuk berjimat dalam berbelanja sewaktu di sekolah. Selepas ayah saya bersara, beliau tiada pekerjaan yang tetap untuk menyara kami. Jadi berbekalkan duit pencen, beliau menggunakan duit tersebut untuk membeli barang-barang keperluan kami untuk ke sekolah. Kami tidak ada kereta pun dulu, ayah menghantar kami menaiki motor. Kalau hujan kami dipakaikan baju hujan untuk mengelakkan kami dari demam. Namun, hari demi hari, ayah mendapat kerja tetap tetapi bergaji kecil. Beliau belikan abang saya basikal untuk membawa adik-adik pergi ke sekolah. Emak saya tak pandai membawa motor, jadi ayah tak berani ambil risiko. Sebagai balasan saya belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. Berkat usaha, saya berjaya peroleh keputusan yang diidamkan.
Masih subur diingatan saya pada ketika keputusan diumumkan, emak saya tak dapat menahan air mata daripada mengalir kerana gembira dengan kejayaan saya. Sejak daripada haritu saya tekad untuk memberikan lebih lagi kejayaan demi kejayaan demi melihat emak saya gembira. Sewaktu di sekolah menengah saya mendapat bantuan kewangan tiap-tiap bulan. Walaupun tak banyak namun serba sedikit dapat membantu ayah saya menampung perbelanjaan saya ketika itu. Kejayaan demi kejayaan dapat saya lakarkan sewaktu di sekolah. Sewaktu saya dalam kesusahan, ayah datang melawat saya dengan menaiki motor selama satu jam setengah untuk
memberi semangat dan melihat keadaan saya. Hidup kami mula menunjukkan perubahan di saat abang saya diterima untuk berkhidmat sebagai pembantu pegawai farmasi. Abang saya membeli kereta untuk diguna pakai kami sekeluarga di rumah. Dia hanya membeli motor untuk dia pergi ke kerja. Kalau diikutkan banyak lagi kisah yang nak diceritakan, namun saya rasa ini sudah cukup untuk saya berkongsi dengan anda semua bahawa ayah sentiasa akan menjadi idola dalam hidup kita semua.
Minggu lepas, ahli kelas 21 Bravo diberi tugas untuk berkongsi serba sedikit tentang idola mereka. Jadi saya pun tak terlepas untuk berkongsi tentang idola saya. Apabila nak bercerita tentang idola ni, sebenarnya saya ada ramai idola. Maklumlah, idola dari segi perspektif saya dipilih dari segi kejayaan dalam kehidupan seseorang itu. Tapi dalam cerita pendek saya ni, saya cuma akan bercerita seorang saja idola yang mula-mula memberi impak dalam kehidupan saya. Siapa lagi kalau bukan insan yang bergelar ayah.
bermulalah dugaan mula menimpa kehidupan kami sekeluarga. Terpulang kepada imaginasi para peminat sekalian untuk memikirkan jenis-jenis dugaan yang kami perlu tempuh. Saya ada empat orang adik-beradik. Keempat-empat kami semuanya dihantar oleh ayah saya ke sekolah untuk menuntut ilmu. Masih saya ingat pada permulaan sekolah, cikgu selalu memberi surat kepada saya untuk diberikan kepada ayah.
Disebabkan perasaan ingin tahu amat tinggi, saya pun curi-curi membaca surat tersebut tanpa pengetahuan ayah. Ingatkan surat cinta, rupanya surat daripada pihak sekolah menyarankan ayah saya supaya cepat jelaskan bayaran yuran persekolahan kami berempat. Disebabkan akal yang masih belum berkembang pada ketika itu, saya tidak tahu perit untuk mencari nafkah untuk menyara kami sekeluarga. Saya masih belum ada perasaan kasihan kepada ayah untuk berjimat dalam berbelanja sewaktu di sekolah. Selepas ayah saya bersara, beliau tiada pekerjaan yang tetap untuk menyara kami. Jadi berbekalkan duit pencen, beliau menggunakan duit tersebut untuk membeli barang-barang keperluan kami untuk ke sekolah. Kami tidak ada kereta pun dulu, ayah menghantar kami menaiki motor. Kalau hujan kami dipakaikan baju hujan untuk mengelakkan kami dari demam. Namun, hari demi hari, ayah mendapat kerja tetap tetapi bergaji kecil. Beliau belikan abang saya basikal untuk membawa adik-adik pergi ke sekolah. Emak saya tak pandai membawa motor, jadi ayah tak berani ambil risiko. Sebagai balasan saya belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. Berkat usaha, saya berjaya peroleh keputusan yang diidamkan.
Masih subur diingatan saya pada ketika keputusan diumumkan, emak saya tak dapat menahan air mata daripada mengalir kerana gembira dengan kejayaan saya. Sejak daripada haritu saya tekad untuk memberikan lebih lagi kejayaan demi kejayaan demi melihat emak saya gembira. Sewaktu di sekolah menengah saya mendapat bantuan kewangan tiap-tiap bulan. Walaupun tak banyak namun serba sedikit dapat membantu ayah saya menampung perbelanjaan saya ketika itu. Kejayaan demi kejayaan dapat saya lakarkan sewaktu di sekolah. Sewaktu saya dalam kesusahan, ayah datang melawat saya dengan menaiki motor selama satu jam setengah untuk
memberi semangat dan melihat keadaan saya. Hidup kami mula menunjukkan perubahan di saat abang saya diterima untuk berkhidmat sebagai pembantu pegawai farmasi. Abang saya membeli kereta untuk diguna pakai kami sekeluarga di rumah. Dia hanya membeli motor untuk dia pergi ke kerja. Kalau diikutkan banyak lagi kisah yang nak diceritakan, namun saya rasa ini sudah cukup untuk saya berkongsi dengan anda semua bahawa ayah sentiasa akan menjadi idola dalam hidup kita semua.
Comments
Post a Comment