Legendary Arsene Wenger


                                                            ARSENE WENGER




               Arsene wenger merupakan seorang pengurus lagenda pasukan Arsenal kerana beliau telah berkhidmat selama 21 tahun untuk arsenal dan merupakan pengurus paling lama berkhidmat untuk sesebuah kelab di dunia. Beliau lahir 22 oktober 1949. Arsene wenger telah menjadi pengurus arsenal sejak 1996 hingga kini 2017 dan masih menjadi pengurus pasukan Arsenal. Arsene Wenger turut juga turut dikenali sebagai “revolutionising” kerana mengubah bola sepak England dalam latihan pasukan.

             Dalam kerjaya beliau, Wenger pernah menjadi pemain bola sepak dari tahun 1969-1981. Jumlah 64 penampilan dengan 4 goals. Kemudian, tahun 1984 beliau memulakan kerjaya beliau sebagai pengurus sukan bola sepak.






                   Arsene Wenger memulakan kerjaya beliau sebagai pengurus sukan bola sepak di kelab bola sepak Nancy. Walaubagaimanapun beliau gagal dan telah dipecat oleh kelab tersebut pada tahun 1987. Kemudian, Arsene Wenger menyertai kelab AS Monaco, beliau Berjaya membawa kelab AS Monaco menjadi juara liga pada tahun 1991. Namun begitu, pada tahun 1994, Wenger telah berpindah ke kelab bola sepak Jepun iaitu Nagoya Grampus. Arsene Wenger telah Berjaya memenangi Piala “ Emperor’s Cup” dan “ Japanese Super Cup”.



                  Pada tahun 1996, Arsene Wenger telah menyertai Kelab Bola Sepak Arsenal dan beliau berjaya merangkul piala FA pada tahun 1998,dan 2002. Pada tahun 2004, Arsene Wenger telah mengukir nama dalam sejarah untuk dirinya sendiri dan juga Arsenal kerana beliau berjaya mengharungi satu musim tanpa kalah buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak. Mereka digelar sebagai “The Invisible Team”.




                         Seterusnya, Arsenal mengalami kemarau tanpa kejuaraan selama 9 tahun dalam mana-mana pertandingan. Arsene Wenger terus mendapat kritikan teruk dan didesak untuk meletakkan jawatan sebagai pengurus Arsenal. Namun begitu, Wenger tidak mengalah dan terus membuktikan kewibawaan beliau sebagai jurulatih dengan memenangi piala FA pada tahun 2014,2015, dan 2017.




                           Rekod Arsene Wenger sebagai jurulatih dari statistic menunjukkan beliau telah mengharungi 1,679 perlawanan dengan 908 menang, 365 seri, dan 406 kalah. Arsene Wenger yang masih lagi memimpin Arsenal masih mendapat kritikan dan paksaan supaya meletakkan jawatan kerana beliau gagal menjadikan Arsenal merangkul piala Liga Utama, dan Liga Juara-Juara Eropah. 


                           Walaupun begitu, Arsene Wenger masih lagi memimpin dan tidak berputus asa dalam kerjayanya sebagai jurulatih bola sepak Arsenal. Sikap beliau yang mempunyai pendirian tetap telah menjadikan pasukan Arsenal sebagai pasukan yang disegani di seluruh pelosok dunia.






Comments

Popular Posts