KURSUS B.0.S.I.E.T DI AKADEMI LAUT MALAYSIA
Apa itu BOSIET? BOSIET ialah
Basic Safety Induction & Emergency Training. Tetapi, jika anda amik kursus
di ALAM, dalam kursus BOSIET itu ia lengkap dengan pakej iaitu termasuk “ Breathing System and Travel Safely By
Boat”. Di alam kursus ini bernilai lebih
kurang RM 1900.00. Kursus ini merupakan kursus khas
dimana untuk mereka yang ingin bekerja “offshore”. Dalam kursus ini, anda akan
belajar pelbagai jenis ilmu dan teknik. Antaranya “Helicopter Escape Training”
di mana ianya merupakan aktiviti paling seronok. Dalam pelajaran ini, anda akan
belajar cara menggunakan “Emergency Breathing System”(EBS).
Mulanya, anda akan memakai
pakaian khas. Aku lupa pulak namanya. Tetapi pakaian ini akan membuatkan akan
mudah terapung. Apabila anda berada di dalam air, tekanan air pada baju itu
membuatkan kita merasa baju itu seperti menerkam badan kita. Baju ini sudah
tentunya berat apabila dipenuhi dengan air di dalam baju itu.
EBS merupakan alat penafasan
hanya ketika kecemasan. Alat ini hanya mampu bertahan selama seminit (rujuk
kepada penggunanya). Ini bermakna ketika pesawat anda terhempas, anda hanya ada
beberapa saat untuk mengenakan alat EBS dan bertahan dengan alat tersebut
mencari jalan keluar. Di ALAM anda akan belajar 8 situasi berbeza.
Gambar ini menunjukkan latihan
menggunakan alat Emergency Breathing System
Di baju mereka pakai itu( warna
hitam), itu adalah “Emergency Breathing System”. Dalam gambar tersebut, mereka
duduk di dalam helicopter terhempas dan air mulai masuk. Apabila air sepenuhnya
masuk, helicopter tersebut akan diterbalikkan dan itu seronok sekali.
Selain aktiviti ini, kami juga
turut belajar melakukan “head count” di atas offshore platform apabila
berlakunya kecemasan. Apabila berlakunya kecemasan kami akan berkumpul di
tempat yang sepatutnya kami semua berada dan disitu ada kad hijau dan juga kad
merah. Kami akan mengambil nama dari kad hijau dan akan letaknya di kad merah.
Selain itu, kami juga turut dapat merasa memasuki “lifeboat”.
Fuuuhh.. pertama kali masuk, ingatkan luas, tak panas. Rupa-rupanya panas haba
yang kuat, ruang yang sempit dan agak sukar untuk bergerak bila begitu ramai
menaiki “lifeboat”. Walaupun kapasiti penumpang menunjukkan 24 orang, yang naik
pada masa itu hanya 14 orang pun dah sempit.
Akhir sekali, aku ingin
mengatakan keseluhuran kursus ini seronok dan memuaskan. Kepada mereka yang
ingin mencuba boleh lah mengambil kursus ini. Anda pasi tidak rugi.
Saya nk daftar khusus ni mcm mna
ReplyDelete