Aiskrim Dangdut

Pernahkah anda dengar pasal aiskrim Dangdut atau lebih dikenali sebagai aiskrim goyang.
Aiskrim goyang ialah aiskrim yang dibuat segera dengan hanya mengunakan ais batu sahaja.Yup,aiskrim hanya dikeraskan dengan menggunakan ais batu.Aiskrim ni sangat popular masa zaman saya kecik kecik dulu.Murah pun murah Sedap pun sedap hahah.

Gambar aiskrim goyang yang telah siap.(image credit to google)

Apa yang unik pasal asikrim ni,kita boleh tukarkan apa sahaja cecair yang kita nak menjadi aiskrim, baik dari air botol bergas hinggalah ke bubur kacang hahaha.Cara nak buat aiskrim ni mudah je tetapi kita kenalah ada mesin aiskrim tu dulu.

Contoh mesin aiskrim goyang.(image credit to google)

Mesin ni simple je.Just ada tempat letak aiskrim tu dan letakan aisbatu bersama campuran garam batu didalam nya.Garam batu mungkin akan mencepatkan proses beku.Lepastu goyang je.Sebelum Ais tu keras kita dah boleh letak lidi.

Ais batu yang dicampurkan dengan garam.(image credit to google)
Aiskrim yang separuh keras dilettakan lidi.(image credit to google)

Aiskrim ini amat popular di majlis perkahwinan dan banyak jugak dijual di pasar malam ataupun taman permainan.BAgi yang ingin mengimbau nostalgia lama,boleh la cuba makan aiskrim ni.


Comments

Popular Posts