|
Image credit to google |
Kalau ramai yang masih ingat,kalau soalan subjek Geografi masa zaman PMR dulu. "kawasan paling lembap di Malaysia?" mesti ramai akan jawab Bukit Larut Taiping Perak.Betul, Bukit Larut merupakan kawasan yang paling lembap di Malaysia.Selain itu Bukit Larut juga merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong di Taiping.
|
image source : google |
Ketinggian Bukit Larut setinggi 1250m juga menjadikan ia tumpuan bagi orang yang suka mendaki, tetapi bagi yang tidak mempunyai kemampuan untuk mendaki, di sana juga disediakan perkhidmatan jip bagi ke puncak Bukit Larut.Bagi yang ingin bersenam, cubalah panjat bukit ni ikut trek yang dah disediakan tapi ambil masa selama 3 ke 4 jam la ahhahaha.
|
Antara contoh jip di Bukit Larut.(umage credit to
google) |
|
Image source : google |
Suhu di Bukit Larut ialah 15 ke 25 darjah celcius tetapi boleh jatuh kepada 10 darjah celcius pada waktu malam.Di puncak bukit ini terdapat banyak rumah rehat ataupun chalet yang disediakan, bagi yang ingin bermalam di sini dan cuba merasai suasana sejuk bukit ini boleh la cuba.
Jadi Bukit Larut merupakan tempat yang indah untuk dilawati.Cubalah daki sendiri dan anda akan lebih menghargai alam sekitar selepas melihat permandangan yang cantik dari puncak Bukit Larut.
Comments
Post a Comment