HAIKARA


HAIKARA... Apakah yang dimaksudkan dengan Haikara (ハイカラー) ? Ia bermaksud "high collar" merujuk kepada gabungan perkataan Jepun-Inggeris semasa zaman Meiji. Haikara juga merujuk kepada pengaruh budaya Barat atau disebut "fashionably westernized" yang mendadak terhadap budaya Jepun sebelum Perang Dunia Ke-2.

Untuk entri kali ini, aku nak berkongsi pengalaman aku bekerja sebagai seorang Barista di sebuah Kafe Jepun-Inggeris yang dikenali sebagai Haikara Style Cafe. Kafe ni dipunyai oleh pasangan suami isteri yang berasal dari Jepun. Pendek kata, bos aku ni orang Jepun lah. Diorang ni menetap di Subang Jaya. Kiotrang just panggil bos sebagai Katou-san dan isterinya Mama-san. Diorang memulakan perusahaan ni sejak tahun 2008 dan kafe pertama mereka terletak di SS15, Subang Jaya.

Katou-san dan isterinya

credit to: http://jeansasa.blogspot.my

Aku start kerja kat sini sebelum aku menjejakkan kaki di ALAM. Saja cari duit lebih and pengalaman ada bos luar, bukan dari Malaysia. Apa yang aku belajar, work ethic semua kena jaga, and punctuality is the most important thing. Serba sikit aku belajar jenis2 kopi, kopi ni bukan semuanya sama tau, cara pembuatan dan cara mereneh teh. Selain tu juga aku belajar cara nak buat 'Homemade Cheesecake' dari Mama-san.


cheesecake sedang dibakar

cheese omelet dan meatball, semua ni homemade

Selain aku, ada lagi dua part timer, dua2 kerja as waitresses kat sana. Sorang Mimi dari Kolej PTPL and sorang lagi Ani dari MSU.

mimi dengan ice caramel macchiato

ani tengah promote special tea time

Selain diorang berdua, ada sorang lagi asst. cook, Haikal dengan chief cook dari Myanmar, Mose. Haikal ni berhenti masa aku masuk ke Alam. Lepas aku sambung belajar, dalam dua kali aku sempat datang sini melawat diorang. Semuanya dah berhenti kecuali Mose. Baru2 ni aku datang, Mose cakap Katou-san dengan isterinya dah balik semula ke Jepun, duduk dengan anak diorang. Jadi Haikara Cafe ni dah dijual kepada orang lain. Outlet di Subang pun dah bungkus tutup. Tak sempat nak jumpa bos haishh. 😖

Apa-apa pun, aku sangat bersyukur dapat kerja kat sini dan terima kasih kepada bos aku yang banyak sabar dengan kerenah aku yang agak nakal dan pemalas ni haha 😂. Semoga kita berjumpa lagi, Arigatou gozaimasu!!


Comments

Popular Posts