KENAPA 21 BRAVO?

12 julai 2016

Harini aku terasa asing, dikelilingi kelibat yang telah lama tidak aku rasai, kelibat jantan. Lagi sekali ke? Getus hati kecil ini. Dulu menghadap takkan la sekarang kena lagi aishhπŸ˜”. Normal untuk aku berasa begini di tempat baru. Aku jugak kan yang mintak kat sini adess. Nak taknak segala kegagalan dahulu harus dilupakan demi membuka sinar untuk harapan baru di tempat orang. Tak lupa juga untuk membalas jasa mak dan ayah.



23 september 2016

Agak lama dah aku kat sini, kehidupan asrama di sekolah menengah agak membantu untuk aku survive di sini. Seperti biasa, dikelelingi jantan, banyak ragam nya, tak terkecuali dalam kelompok yang sedang aku ikuti ini, 21 Bravo. Kenapa 21 Bravo? Entah, takdir la kot. Ada yang cool, ada yang menggelabah, ada yang hidung besar, eh, ada yang berjiwa besar. Aku? Macam biasa, asal survive sudah. Menjadi prisinp hidupku untuk bersederhana dan sambil lewa haish. Jauh di sudut aku berharap untuk berubah, mahu juga jadi 'excited' seperti mereka.



9 januari 2017

Menganjak ke fasa seterusnya, kata orang kalau dari ulat tu dah jadi kepompong. Begitula kami, dari orang asing menjadi sahabat handai. Dari tersipu malu bertukar tepuk tampar. Pendek kata, apa yang aku lihat dari jauh, manusia ini walau berbeza mana pun mereka, pasti akan ada yang merapatkan hubungan tanpa mengira darjat, kaum, tempat tinggal, resmi hidup. Agak senang melihat mereka, sekurangnya aku tidak sunyi di sini. Beban tali biru ini walau terasa berat, jadi ringan disebabkan mereka. Betul kata orang dahulu, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Banyak yang kami kecapi bersama sebagai kumpulan.




16 mei 2017

Boleh aku katakan saat2 getir bagi mereka, dan juga aku. Untuk dikatakan musibah mungkin terlalu berat tapi ianya perkara yang memeningkan kami semua termasuklah aku. Tidak seperti mereka pengajianku hanya biasa2, memerlukan daya usaha untuk aku berdiri sama tinggi πŸ’ͺ. Saat ini juga satu demi satu sahabat kami pergi. Bukan dijemput Ilahi tapi menyahut seruan rezeki di laut sana. Siapa sangka di tengah jalan begini Tuhan lorongkan simpang untuk kami. Ada susur ke Amerika, ada susur ke Singapura, ada juga yang pakai susur Kemaman, mudah dan dekat kot πŸ˜‚πŸ˜‚. Sebilangan sahaja masih di sini membanting tenaga menghabiskan sisa pengajian. Mudahan berjaya hendaknya.





29 oktober 2017

Ya, aku masih di sini, berteleku di depan cermin kaca memikirkan apa yang berlaku, apa yang sudah, dan apa bakal menanti kami. Puntung oren dan putih sudah puas ku sedut, hembusan nafas ke ruang kamar memenuhi rongga hidung sahabatku yang lena tidur. Kenapa 21 Bravo? Ngomel ku sendirian. Siapa kisah bukan? Yang penting aku senang melihat mereka.



Comments

Popular Posts