Syukur Alhamdulillah : )
Hari yang agak memenatkan kami sekeluarga. Kami menuju pulang ke syurga idaman kami. Rumahku Syurgaku. Perjalanan amat lancar. Semua sedang enak di ulik mimpi kerana keletihan sedang aku menggenggam erat stering kereta.
Bak kata orang tua tua. Malang tidak berbau. Setelah beribu batu kuda besi ini berlari akhirnya dia terhenti. Ibarat komplikasi jantung yang di alami manusia darah dan keringat kuda besi ini memancut keluar seperti ditikam belati tajam terus menusuk ke jantungnya.
Namun alhamdulillah. Kuasa allah. Kami tak apa apa. Cuma kuda besi kami kecudang di tengah lebuh raya. Jam menunjukkan tepat 12.00 tengah malam. Kami berhenti di Bukit Beruntung seketika sambil menunggu trak penunda.
Adehhhhh....... Minyak hitam bocor. Habis atas jalan. Nasib tak ada apa-apa. |
Comments
Post a Comment