GGMU




Haiiii, dah dua entry aku cerita pasal idola2 aku. So, kali ni aku nk cerita pasal kelab bola sepak yang famous satu dunia, MANCHESTER UNITED. Siapa tak kenal Man Utd kan. Sebuah kelab bola sepak England yang gah dengan sejarah sejarah yang hebat dan pemain pemain yang hebat. Tak lupa pula dengan pengurus pengurus pasukan yang sangat hebat yang telah berjaya membawa kelab ni menjadi terkenal seluruh dunia.

Ok, ni sikit pengenalan tentang kelab ni, full name dorang, MANCHESTER UNITED FOOTBALL CLUB ataupun dikenali dengan gelarang RED DEVILS. Founded 1878, 139 tahun lepas dan dikenali dengan nama LYR FC ketika itu. Dah berapa generasi dh Man Utd ni rupanya hahaha. Pada 1902, 115 tahun lalu, dorang tukar nama jadi, MANCHESTER UNITED FC. Home ground Man Utd diberi nama Old Trafford.





Ni antara momen momen indah lagenda lagenda Man Utd. Dalam gambar, Paul Scholes, Roy Keane dan Ryan Giggs.



Aku mula mula minat Man Utd ni time zaman zaman Paul Scholes, Ryan Giggs, Darren Fletcher, Van Der Sar, Carlos Teves, Wayne Rooney, Park Ji Sung dan ramai lagi lahh. Time ni memang Man Utd ni tengah top form. Dorang menang banyak piala. Time ni Rooney baru baru lagi join Man Utd. Lepas tu dengan CR7 pun join Man Utd, memang dorg cukup solid. Defend pulak time tu ada Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Patrick Evra, Gary Neville. Dorg ni mcm benteng yang cukup payah nak tembus. Nak nak pulak ada Edwin Van Der Sar yang jaga gol, memang time ni Man Utd sangat digeruni seluruh eropah dan dunia. Org yang paling function time semestinya, Sir Alex Fergurson yang menjadi watak utama dalam merancang perjalan kelab ni sampai ke puncak.


Tapi biasalah, kita tak akan selalu diatas, selepas Sir Alex letak jawatan, Man Utd macam mngalami satu fasa perubahan yang mendadak. Pemain pemain baru dibawa masuk. Dorang nk bagi wajah baru untuk Man Utd. Beberapa musim lepas tu memang prestasi Man Utd tak konsisten. Dorang tak dapat top 4 pun. Macam dh buat. Dah berapa kali tukar Manager pun tak boleh jugak. Dan manager yang sekarang ni, siapa tak kenal, Jose Mourinho. The Special One. Selepas Mourinho masuk, nampak beliau berjaya membawa semula Man Utd ke prestasi sebenar. Maybe beliau boleh menjadi penyelamat nasib Man Utd ? Siapa yang tahu.

Yang ni pulak squad baru dibawah Jose Mourinho. Bintang muda seperti Martial, Rashford dan Tuanzebe, ( tiada dalam gambar ) menjadi sandaran untuk terus membawa nama Man Utd.


Ok, ni aku ada list manager yang menerajui Man Utd selepas Sir Alex Ferguson. 

  • ALEX FERGUSON                                                          1986-2013
  • DAVID MOYES  (EVERTON)                                         2013-2014
  • LOUIS VAN GAAL  (BELANDA)                                   2014-2016
  • JOSE MOURINHO   (REAL MADRID)                          2016-sekarang 




Credit : Google
             Wikipedia
             Google Images

Comments

Popular Posts