BURGER PENTA- FIVE



        Mesti ramai merasa pelik kerana apa itu burger penta five. Mesti ramai yang jarang dengar ataupun mungkin tak pernah dengar langsung. Burger penta five atau Bahasa lainnya ialah burger lima lapis. Aku baru-baru ini ingin mencuba burger lain daripada yang lain. Asyik double, triple burger je. Jadi aku oder burger Penta Five.


       Bila siap je burger tu. AHHHHHHH….. Jangan terkejut pulak dengan harganya bila nak bayar nanti. Harga satu tu berharga RM 11.20. Siapa suruh oder pelik-pelik kan. Bila aku tgk je bungkusan pun dah tahu ia kelihatan agak besar. Aku pun terpikir, muat ke nak masuk kan burger tu dalam mulut. Hahahah.












       Bila aku hendak memakan burger penta five itu, rakan-rakanku yang lain pun ingin mencuba. Aku merasmikan burger itu dengan gigitan pertama dan ianya memang sedap, kemudian diikuti oleh rakan-rakan ku yang lain. Masing-masing mencuba membuka mulut seluas yang mungkin seperti ular memakan haiwan yang besar. Hahahah.
     
     Selesai je makan, perut ku ini memang terasa keyangnya. Hati gembira, badan pun gembira.


Kepada mereka yang ingin mencuba boleh lah cuba. Lagi-lagi kepada warga ALAM.
















Comments

Popular Posts