Taiping merupakan bandaraya yang aman dan indah.Saya dah lama tidak pulang ke kampung dan baru baru ni apabila saya pulang ke kampung saya terkejut kerana Taiping sudah mempunyai tempat tumpuan yang baharu iaitu Dataran Warisan Taiping.
|
daya tarikan baharu di Taiping
Apa yang lagi mengejutkan ialah suasana yang berlaku pada waktu malam.Pada waktu malam tempat ini amat meriah kerana terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan oleh kanak kanak dan remaja seperti bermain roller blade dan sebagainya.Selain itu terdapat jugak Busker yang membuat persembahan di sini.
|
suasana yang meriah.. |
Bagi keluarga yang membawa anak anak kecil, anak kecil anda boleh bersuka ria dengan kereta kawalan jauh yang boleh dinaiki seperti gambar di atas .Harga bagi menyewa permainan sangat berpatutan.
|
pelbagai jenis kereta kawalan jauh yang boleh dinaiki |
|
sewa berpatutan |
Jadi sebagai anak jati Taiping saya berasa amat bangga dan gembira kerana tempat ini boleh menjadi tempat untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.
|
Comments
Post a Comment