Pengalaman ke Perak
Assalamualaikum dan hai semua. Pada entri kali ini saya berkenan untuk berkongsi pengalaman saya ke Perak Darul Ridzuan. Ini adalah pengalaman saya yang pertama untuk melancong ke Perak. Sebelum ni memang pernah lalu di kawasan Perak tapi tidak berkesempatan untuk berjalan-jalan di kawasan negeri ini. Jadi beginilah bermulanya cerita perjalanan saya ke Perak.
Pada 20 Oktober 2017 yang lepas, saya bersama keluarga telah bertolak seawal 6 pagi dari Melaka menaiki kereta untuk ke Perak. Tujuan asal kami ke Perak adalah kerana abang saya menerima sijil diploma lanjutan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta, Perak. Jadi abang saya bercadang untuk membawa kami bersiar-siar di kawasan sekitar kolej tersebut.
Berikut ada beberapa gambar yang sempat saya ambil sebelum kami pulang ke Melaka.

Ni dekat dalam Lost World of Tambun. Nama tempat ni Tin Valley. Kononnya kawasan bijih timah terbesar di dalam Asia suatu masa dulu. |
Pada malamnya kami teringin untuk mencuba makan Nasi Vanggey kerana ramai yang recommend. |
Ni antara menu yang ada. Sotong goreng. Rm37 untuk satu hidangan. Walaupun harganya agak yang mahal, tapi berbaloi sebab besar gilaa. |
Pada keesokkan harinya, kami melawat Taman Rekreasi Gunung Lang. Di sini kena beli tiket bot untuk pergi tengok burung ostrich dan beberapa lagi haiwan lain. |
Pemandangan di Taman Rekreasi Gunung Lang. Cantikkan? Okay lah. Itu sahaja tempat yang sempat kami kunjungi memandangkan masa yang amat terhad. |
Comments
Post a Comment