CARA MENABUNG DUIT DENGAN BIJAK



 Untuk menabung duit dengan bijak, kita semestinya memerlukan disiplin yang tinggi. Misalnya, dalam sehari, berapa nilai anda patut masukkan ke dalam tabung anda. Tak kisahlah seringgit, lima puluh sen..terpulang. Untuk menabung sebaiknya mestilah konsisten nilai anda letakkan dalam tabung sehari.

Jika anda tanya kepada saya, saya akan memasukkan ke dalam tabung saya setiap hari mestilah bernilai lebih daripada 50 sen. Ini bermakna ia mungkin boleh menjadi nilai lebih banyak saya letakkan di dalam tabung setiap hari 
.
Kalau anda menginginkan pulangan yang besar dalam masa setahun. Anda boleh menabung sehari RM 2.00 dan darabkan dengan 360 hari. Anda akan mempunyai RM 720.00. Bayangkan kalau anda gandakan nilai itu kepada 4, 5, 6,… 10 ringggit sehari. Berapa agaknya?


Ingin saya menunjukkan beberapa gambar di mana saya menabung duit syiling sehingga mampu menjadi bukit..haahhah. 




Percaya atau tidak gambar di atas menunjukkan duit syiling yang bernilai lebih kurang RM 500.00.

Saya juga ingin berkongsi semasa saya belajar di Kolej Matrikulasi Selangor, saya selalu mencampakkan duit di dalam laci meja belajar saya dan kadangkala di lantai bilik. Kadang-kadang rakan saya sendiri berkata pada saya, “ Boleh tak saya nak kutip semua duit atas lantai tu”, saya sendiri pun tak terfikir. Kemudian, saya  sendiri mengambil inisiatif untuk mengutip duit itu dan mengira duit tersebut dan ia berjumlah RM 70.00. Bayangkan duit atas lantai dan laci meja ada duit syiling sebanyak tu. Kebetulan pada masa itu saya sendiri tiada duit di dalam poket. Jadi saya mengambil keputusan untuk menukar duit syiling tersebut menjadi duit kertas di kafe pelajar. 




Siapa sangka bila anda menabung dan duit itu berguna juga akhirnya bila anda tiada duit.

Kini, saya di Akademi Laut Malaysia dan masih lagi menabung duit syiling. Tapi saya belum kira lagi berapa jumlahnya. Kalua nak gak, mungkin lebih kuran RM 40.00.


Menabung sememangnya bukan benda yang mudah kerana ia memrlukan disiplin yang tinggi. Namun ianya tidak mustahil untuk anda jika saya sendiri pun boleh lakukan. Kenapa tidak anda?







Comments

Popular Posts