DEMO ALAM TAEKWONDO PADA HARI QHSSE TAHUN 2016

          Kenapa Kelab Taekwondo ALAM terlibat dalam demo pada hari QHSSE? Hari QHSSE merupakan “safety and Health” antaranya. Jadi, Kelab Taekwondo ALAM diminta untuk melakukan demo sempena pada hari QHSSE. Pelbagai persembahan dilakukan oleh Kelab Taekwondo ALAM. Antaranya, teknik tumbukan, tendangan, dan juga beberapa pertunjukkan yang menghiburkan seperti memecah papan dan juga memecah genting. Demo ini mengambil masa lebih kurang 15 minit.



          Demo Taekwondo ini dijayakan oleh 12 ahli Kelab Taekwondo ALAM. Persembahan ini diketuai oleh JJ Sani yang merupakan penasihat dan juga Master kepada kami semua. Di sebelah kanan beliau merupakan President Kelab Taekwondo ALAM 2016 dan disebelah kirinya merupakan timbalan Kelab Taekwondo ALAM tahun 2016.










Pertunjukkan memecah genting ni memerlukan kekuatan, focus, dan ketenangan yang tinggi. Ianya bukan mudah seperti yang disangkakan. Ini kerana genting itu diperbuat daripada tanah liat dan keras juga. Bayangkan kalau genting itu dihempapkan atas kepala kita, mahu pecah kepala agak-agaknya. Jadi, untuk memecahkan genting ini mestilah mempunyai teknik tendangan yang betul. Jika anda tidak mempunyai teknik tendangan yang betul, anda kemungkinan akan mencederakan kaki diri anda sendiri. Saya ingat lagi pada hari demo taekwondo ini, seorang rakan saya gagal memecahkan genting kerana teknik tendangan yang salah. Oleh itu, ibu jari kaki kanannya cedera.

Gambar di bawah ada menunjukkan beberapa ahli Kelab Taekwondo ALAM memecahkan genting.


tendangan front-kick daripada khirshan


tendangan side-kick daripada Ayana




Persembahan Kelab Taekwondo ALAM pada hari itu sudah semestinya memberi memori yang berharga kepada semua warga ALAM.

Sekian sahaja daripada saya. 


































Comments

Popular Posts